Perancis tamat operasi pemindahan di Afghanistan


Tentera Perancis berjaya membawa keluar sekitar 3,000 orang dari Afghanistan dalam tempoh kurang dua minggu. – Gambar AFP, 28 Ogos, 2021.

PERANCIS menamatkan misi pemindahan di Afghanistan lewat malam tadi, kata pihak berkuasa, sehari selepas kejadian serangan bom di luar lapangan terbang di Kabul.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian dan Menteri Pertahanan Florence Parly dalam satu kenyataan berkata misi dihentikan susulan keadaan di lapangan terbang itu tidak lagi selamat.

Serangan pada Khamis itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 85 maut termasuk 13 anggota tentera AS dan ratusan cedera.

Parly dalam satu kenyataan lain di Twitter berkata pasukan tentera Perancis berjaya membawa keluar sekitar 3,000 orang sebelum misi pemindahan dihentikan.

“Dalam tempoh kurang dua minggu, tentera Perancis telah membawa keluar kira-kira 3,000 orang, termasuk lebih 2,600 warga Afghanistan,” katanya. – AFP, 28 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen