JEPUN akan menghentikan penggunaan 1.63 juta dos vaksin Covid-19 Moderna selepas menerima laporan beberapa lot sudah tercemar, menurut pengeluarnya Takeda dan Kementerian Kesihatan.
Takeda, yang bertanggungjawab terhadap jualan dan pengedaran vaksin Moderna di Jepun berkata, pihaknya menerima laporan daripada beberapa pusat vaksinasi bahawa ada pencemaran bendasing dalam beberapa botol vaksin.
“Selepas berunding dengan Kementerian Kesihatan, kami memutuskan untuk menghentikan penggunakan vaksin dari tiga kumpulan yang bermula semalam,” katanya.
Firma itu berkata berkata mereka juga sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Moderna dan meminta siasatan segera dilakukan.
Takeda tidak menjelaskan lebih terperinci berkenaan pencemaran yang berlaku tetapi memaklumkan sehingga kini mereka tidak menerima sebarang aduan masalah kesihatan yang berpunca dari dos yang tercemar. – AFP, 26 Ogos, 2021.
Komen