ED Sheeran bertunang dengan teman wanitanya, Cherry Seaborn umum penyanyi dan penulis lagu Britain itu hari ini.
“Bertunang sebelum tahun baru. Kami sangat gembira dan dilamun cinta, dan kucing kami turut gembira,” katanya kepada 18 juta pengikutnya di Instagram.
Sheeran, 26, adalah salah seorang artis paling banyak terjual rekodnya di dunia, album terbarunya “Divine” memecah rekod Spotify, menarik 57 juta pendengar pada hari pertama diterbitkan- hampir dua kali ganda rekod sebelumnya.
Sheeran dan Seaborn yang mengenali sejak kecil dilaporkan menjalinkan hubungan sejak 2015.
“Sangat menakjubkan bertemu orang terkenal. Tapi ia bukanlah kehidupan. Ia bukan realiti. Satu hari ia akan berakhir,” katanya kepada akhbar The Sunday Times tahun lepas.
“Dan saya tahu satu-satunya orang yang akan kekal bersama ialah Cherry.”
Selepas beberapa tahun bermain musik di jalanan dan kelab malam, Sheeran mencapai kejayaan antarabangsa pada 2014 dengan lagunya “Thinking Out Loud”. – AFP, 20 Januari, 2018.
Komen