BELGIUM pada Rabu membuat keputusan untuk mnamatkan operasi pemindahan dari Kabul, beberapa hari menjelang poengunduran tentera Amerika Syarikat yang melindungi lapangan terbang di ibu negara Afghanistan selepas Taliban mengambil alih.
Perdana Menteri Alexander De Croo menerusi Twitter berkata melihatkan kepada perkembangan situasi di Afghanistan, negara itu membuat keputusan untuk menamatkan operasi dan memindahkan semua petugasnya.
Langkah Belgium tiu dibuat hasil rundingan dengan rakan kongsi Eropah, tambahnya.
Pada Selasa, Kesatuan Eropah menggesa AS untuk terus melindungi lapangan terbang itu selama mana yang perlu melepasi tarikh pengunduran tentera yang ditetapkan pada 31 Ogos, untuk memindahkan lebih ramai penduduk.
Walaupun duta kanan Joseph Borrell berkata agak mustahil untuk memindahkan semua warga Afghanistan yang bekerja dengan kuasa barat dan keluarga mereka untuk dipindahkan sebelum akhir bulan ini, Presiden Joe Biden tetap berpegang pada tarkh akhir.
Pesawat tentera Belgium memindahkan lebih 1,100 orang dari Kabul menerusi Islamabad antara Jumaat dan Selasa, termasuk warga Eropah, warga Afghanistan dalam bahaya dan keluarga mereka.
Selepas lima penerbangan terakhir, semua petugas dari operasi itu berkumpul di Islamabad, kata De Croo.
Kesemua yang dipindahkan akan dibawa ke Belgium dari Pakistan beberapa hari lagi, tambahnya.
Selain warga Belgium dan Afghanistan, warga Belanda, Denmark dan Luxembourg turut dipindahkan dalam operasi oleh tentera Belgium, serta pelarian yang mahu mendapatkan suaka di negara berkenaan. – AFP, 26 Ogos, 2021.
Komen