INDIA menyasarkan untuk meraih eksport barangan bernilai AS$46 bilion ke rantau Asean dalam tahun kewangan semasa pada April-Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangannya pada Rabu.
Timbalan Menteri Perdagangannya, Anupriya Patel berkata nilai eksport kejuruteraan dijangka mencecah sekitar AS$16 bilion bagi tempoh 2021-2022 dengan negara-negara Asia Tenggara menyumbang sebanyak 15 peratus dalam kategori tersebut.
Asean merupakan destinasi eksport ketiga terbesar bagi produk-produk kejuruteraan India selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Utara.
Menurut kementerian itu, Singapura dan Malaysia merupakan pengimport utama dalam kalangan 10 negara anggota Asean tersebut.
Bagi tempoh 2019-2020, eksport India ke Asean bernilai AS$31.5 bilion manakala import sebanyak AS$55.3 billion. – Bernama, 25 Ogos, 2021.
Komen