AMERIKA Syarikat (AS) telah mengeluarkan lebih 4,000 pemegang pasport Amerika termasuk ahli keluarga sejak pertengahan Ogos, kata pegawai kanan Jabatan Negara pada Selasa.
“Kami menjangkakan jumlah itu akan terus bertambah dalam beberapa hari mendatang,” katanya, tidak mahu disebutkan namanya.
“Kami terus menghubungi rakyat Amerika yang sebelum ini telah mendaftar di kedutaan di Kabul bagi menentukan apakah mereka patut berada masih di Afghanistan atau tidak, dan untuk membantu mereka keluar jika mereka mahu.”
Pada minggu lepas, tentera AS berkata seramai 2,500 warga Amerika telah dipindahkan.
Mengambil kira warga negara lain, termasuk warga Afghanistan yang dianggap berisiko di negara mereka, Amerika Syarikat telah memindahkan sekitar 48,000 orang sejak 14 Ogos, sehari sebelum Taliban memasuki Kabul dan mengambil alih kuasa, menurut Rumah Putih.
Beberapa ribu orang lain telah dipindahkan oleh negara-negara Eropah seperti Jerman dan United Kingdom. – AFP, 25 Ogos, 2021.
Komen