SEORANG remaja Palestin berusia 15 tahun maut ditembak di Tebing Barat apabila pertempuran meletus selepas pasukan Israel menyerbu sebuah kem pelarian berdekatan Nablus
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Imad Khaled Saleh Hashash meninggal dunia selepas mengalami kecedearan parah di kepala di kem pelarian Balata.
Tentera Isarel dikatakan melakukan operasi semalam di kem berkenaan bagi menahan “seorang suspek”.
Menurut tentera, rusuhan kemudiannya berlaku dengan penduduk melemparkan batu dan barangan ke arah tentera Israel.
Rusuhan merupakan perkara yang sering berlaku di Tebing Barat, wilayah Palestin yang dijajah Israel sejak 1967.
Awal bulan ini, empat warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keseamatan Israel di kem pelarian Jenin yang bergolak. – AFP, 24 Ogos, 2021.
Komen