SEKURANG-KURANGNYA lima terkorban dalam insiden kebakaran di pelantar minyak luar pesisir di Mexico, sementara enam yang lagi cedera dan dua masih hilang.
Kemalangan berlaku pada Ahad di Pelantar Ciudad del Carmen, Campeche di selatan Teluk Mexico, dikendalikan Petroleos Mexicanos (Pemex), ketika kerja penyelenggaraan sedang dilakukan.
Ketua Pemex Octavio Romero pada satu sidang media berkata ada mangsa cedera dalam keadaan kritikal.
“Usaha mencari mangsa hilang masih diteruskan,” katanya.
Pemex berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung punca kebakaran yang berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam.
Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berharap mangsa yang cedera sembuh segera segera dan yang hilang ditemui secepat mungkin. – AFP, 24 Ogos, 2021.
Komen