Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumba, Indonesia


GEMPA bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumba, Indonesia pada 4.40 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 32 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km selatan dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 23 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen