UNIT Bitcoin naik lebih AS$50,000 pada Isnin buat pertama kalinya sejak tiga bulan ekoran tawar-menawar oleh para pelabur yang kembali menggunakan mata wang kripto tersebut.
Unit itu naik sekitar dua peratus kepada AS$50,249.15, tertinggi sejak pertengahan Mei, apabila ia jatuh berikutan pelbagai isu termasuk tindakan keras China terhadap mata wang kripto dan keputusan bos Tesla, Elon Musk untuk berhenti menggunakannya kerana bimbang mengenai kesan perlombongan mata wang itu terhadap alam sekitar..
Gergasi kereta elektrik itu pernah menunjukkan sokongannya terhadap bitcoin, sementara beberapa pelabur berprofil tinggi lain termasuk pengasas Twitter Jack Dorsey juga menunjukkan minat mereka.
Kini mata wang kripto itu telah naik lebih dari 70 peratus selepas enam bulan berada dalam kadar terendah bawah AS$29,000, malah spekulasi berputar ia akan naik kepada lebih AS$100,000.
Rick Bensignor, di Strategi Pelaburan Bensignor, berkata pada Isnin ia “semakin jadi lebih tinggi dari yang saya jangka sebagai jarak perdagangan baharu pada AS$40,000 hingga AS$50,000”.
Bitcoin masih jauh dari rekodnya di bawah $ 65,000 yang dicapai pada bulan April. – AFP, 23 Ogos, 2021.
Komen