Syarikat penerbangan AS diarah bantu misi di Afghanistan


Sebanyak 18 pesawat awam daripada American Airlines, Atlas, Delta, Omni, Hawaiian dan United akan bantu pengangkutan kargo tentera membawa keluar rakyatnya dan sekutu dari Kabul. – Gambar EPA, 23 Ogos, 2021.

AMERIKA Syarikat (AS) mengarahkan beberapa syarikat penerbangan utama membantu dalam usaha mengeluarkan puluhan ribu rakyat Afghanistan, AS dan beberapa warga asing lain dari Kabul susulan negara itu diambil alih Taliban.

Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin mengaktifkan Armada Udara Simpanan Awam yang jarang digunakan bagi membantu pergerakan mereka yang tiba di pangkalan tentera AS di Timur Tengah, kata Pentagon.

“Kami sedang cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan semua orang, setiap rakyat AS yang mahu pulang,” kata Austin dalam temubual dengan ABCI berkenaan misi itu.

Sebanyak 18 pesawat awam daripada American Airlines, Atlas, Delta, Omni, Hawaiian dan United akan membantu berpuluh-puluh pengangkutan kargo tentera yang terbabit dalam misi di Kabul itu.

Mereka tidak memilih untuk keluar masuk ke Kabul, sebaliknya pesawat akan membawa penumpang dari pangkalan AS di Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu ke negara Eropah, sebelum ke AS.

Dengan ribuan tentera cuba mempertahankan lapangan terbang di ibu negara Afghan, Washington memberikan tarikh akhir menamatkan misi itu iaitu 31 Ogos.

Tetapi Austin berkata pihaknya mungkin meminta presiden melanjutkan tarikh akhir berkenaan.

Kira-kira 15,000 rakyat AS perlu dikeluarkan dari Afghanistan, menurut Presiden Joe Biden, yang berkata pentadbirannya mahu mengeluarkan sekurang-kurangnya 50,000 sekutu Afghan dan keluarga mereka dari negara itu.

The situation was further complicated on Saturday when the US government warned its citizens to stay away from the airport because of “security threats.”

Pentagon berkata 17,000 orang setakat ini dibawa pulang sejak operasi itu bermula pada 14 Ogos, dengan kebanyakannya terbang ke Qatar atau Kuwait terlebih dulu. Jumlah itu termasuk 2,500 rakyat AS. – AFP, 23 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen