7 maut dalam kekecohan di lapangan terbang Kabul


Seramai tujuh orang awam dilaporkan maut ekoran kekecohan berdekatan lapangan terbang Kabul. – Gambar AFP, 22 Ogos 2021.

SERAMAI tujuh warga Afghanistan dilapor maut ekoran kekecohan berdekatan lapangan terbang Kabul susulan setiausaha pertahanan Britain menyatakan sokongan untuk melewatkan tempoh perpindahan warga Amerika Syarikat (AS) yang sepatutnya berakhir hujun bulan ini.

AS dan sekutunya sedang bergelut dengan ribuan warga asing dan Afghanistan yang berusaha melarikan diri dari negara itu dalam minggu ini sejak Taliban merampas kuasa.

“Kami merakam takziah dan dukacita buat keluarga tujuh orang awam Afghanistan yang meninggal dalam rusuhan di Kabul,” kata jurucakap kementerian pertahanan.

Saluran TV Britain, Sky News hari ini telah menyiarkan rakaman sekurang-kurangnya tiga mayat yang ditutup dengan kanvas putih di luar lapangan terbang.

Wartawan Sky, Stuart Ramsay, yang berada di lapangan terbang, berkata beberapa orang awam yang beraada di kawasan berkenaan “cedera”, sementara yang lain “mengalami dehidrasi dan ketakutan”.

Jurucakap kementerian pertahanan mengatakan: “Keadaan di lapangan terbang sangat mencabar tetapi kami melakukan segala apa yang kami mampu untuk menguruskan keadaan dengan selamat dan seaman mungkin.”

Terdahulu, UK dilaporkan telah memindahkan hampir 4.000 rakyatnya dari Afghanistan sejak 13 Ogos lalu.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Ben Wallace menggesa Washington bersikap lebih fleksibel terhadap sasaran Presiden AS Joe Biden untuk menyelesaikan misi menyelamat pada 31 Ogos.

“Sekiranya tempoh yang diberi AS kekal, kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk memindahkan sebahagian besar rakyat yang sedang menunggu,” tulisnya di Mail pada hari ini.

“Mungkin orang Amerika Syarikat akan dibenarkan tinggal lebih lama, dan mereka akan mendapat sokongan penuh kami jika mereka melakukannya,” katanya. – AFP, 22 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen