New Zealand akur gagal capai ‘sifar Covid’ akibat varian Delta


Sifat Delta yang pantas menular menjadikan wabak ini lebih sukar dibendung berbanding sebelum ini. kata Menteri Bertindak Covid-19 Chris Hipkins. – Gambar EPA, 22 Ogos 2021.

NEW Zealand mengakui harapan tinggi ke arah “sifar Covid’ menerusi strategi pembendungan mungkin tidak dapat dilaksanakan hari ini susulan penularan varian Delta wabak berkenaan di negara itu.

Menteri Bertindak Covid-19 Chris Hipkins melaporkan 21 lagi kes membabitkan kluster virus tersebut di Auckland minggu lalu sekali gus menamatkan rekod enam bulan tanpa jangkitan tempatan dan mencetuskan pelaksanaan darurat.

Hipkins berkata sifat Delta yang pantas menular menjadikan wabak ini lebih sukar dibendung berbanding sebelum ini. Ia menimbulkan “persoalan besar” mengenai strategi pembendungan.

“Skala kebolehjangkitan dan penyebaran pantas virus itu adalah sesuatu yang perlu dibimbangi walaupun persiapan sudah dibuat di seluruh dunia namun sistem kita dalam keadaan tertekan,” katanya kepada TVNZ.

Tindakan New Zealand membendung Covid-19 dikalangan masyarakatnya mendapat pujian dunia apabila hanya merekodkan hanya 26 kematian dalam lima juta populasi penduduknya.

Kejayaan itu susulan kawalan sempadan yang ketat dan disokong oleh sekatan pergerakan menyeluruh apabila terdapat pertambahan kes.

Namun, Hipkins berkata varian Delta memaksa mereka mengakajinya semula.

“(Delta) ia bukan seperti yang pernah kita tangani sebelum ini,” katanya.

“Ini mengubah segalanya, ini bermaksud semua persiapan kita mula kelihatan kurang mencukupi dan menimbulkan beberapa persoalan yang cukup besar mengenai masa depan rancangan jangka panjang kita.”

Australia yang juga mengejar strategi “sifar Covid” dan turut melahirkan kekecewaan susulan peningkatan kes varian Delta. – AFP, 22 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen