AS siap sedia berdepan taufan Henri


Pekerja sebuah restoran di Rhode Island memasang papan untuk menutup tingkap sebagai persediaan ketibaan taufan Henri yang diramalkan hari ini. – Gambar EPA, 22 Ogos, 2021.

KAWASAN di pantai timur Amerika Syarikat (AS) termasuk New York City, diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ribut Henri diramalkan menjadi taufan pertama dalam tempoh 30 tahun akan membadai New England.

Jabatan meteorologi memberi amaran kemungkinan kawasan berkenaan dilanda angina kuat, hujan lebat, banjir kilang dan paras laut meningkat apabila ribut itu melanda Atlantik, dengan kelajuan angina 125km sejam.

Cuaca ganas dibawa Henri itu menyebabkan New York City menangguhkan konsertnya di Central Park di mana konsert itu dianggap sambutan selepas pandemik melanda kota metropolis itu.

Taufan yang bakal membadai menyebabkan Gabenor New York Andrew Cuomo mengumumkan darurat dan mengerahkan 500 anggota tentera bersiap sedia memberikan respons dan bantuan.

Beliau berkata ribut dijangka menyebabkan hujan lebat di Long Island, kawasan perumahan mewah Hamptons, di mana golongan kaya New York bercuti di situ ketika musim panas.

Ribut Henri diramalkan tidak melanda New York City tetapi ia masih boleh mencetuskan keadaan ribut tropika bermula malam Sabtu. – AFP, 22 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen