Turki nafi serang klinik di Iraq


Turki melakukan serangan udara ke atas sebuah bangunan di Iraq yang didakwanya adalah bangunan pengganas. – Gambar AFP, 22 Ogos, 2021.

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menafikan yang serangan udara di barat daya Iraq awal minggu ini menyasarkan klinik.

Serangan itu menyebabkan lapan orang terbunuh, menegaskan ia adalah bangunan Parti Pekerja Kurdish, yang dianggap Ankara sebagai organisasi pengganas.

“Bertentangan dengan tuduhan organisasi pengganas, sasaran yang diserang bukanlah hospital atau pusat perubatan, tetapi salah satu penginapan organisasi itu,” kata Erdogan pada panggilan telefon dengan Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhemi.

Pada mulanya, jumlah mangsa dalam serangan udara pada Selasa di daerah Sinjar, Iraq itu dilaporkan hanya tiga orang, tetapi pegawai Iraq kemudiannya menaikkannya jumlah mangsa terbunuh kepada lapan orang.

Antara yang terbunuh adalah empat pekerja klinik dan empat anggota dikaitkan dengan PKK yang bernaung di bawah Brigade ke-80 gabungan Hashed al-Shaabi yang berpengaruh.

Anggota Brigade ke-80 terdiri daripada kaum minority Iraq, Yazidi yang teruk diserang Kumpulan Pengganas Negara Islam pada 2014 dengan kubu kuat mereka di Sinjar.

Satu sumber tempatan berkata dron digunakan dalam serangan itu.

Serangan berulang kali dibuat Turki menegangkan hubungannya dengan Baghdad, tetapi Erdogan memberi amaran yang negaranya akan “menguruskan” kehadiran PKK jika Iraq tidak mampu bertindak.

Iraq berulang kali menegaskan yang serangan itu mencabar kedaulatannya dan memanggil duta Turki kerana kempen ketenteraan rentas sempadan dilakukan Ankara itu. – AFP,22 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen