8 maut Taufan Grace membadai Mexico


Paramedik mengangkat seorang kanak-kanak yang cedera akibat tanah runtuh di Mexico semalam. – Gambar AFP, 22 Ogos, 2021.

TAUFAN Grace yang melanda timur Mexico semalam menyebabkan lapan terbunuh termasuk lima kanak-kanak daripada satu keluarga yang sama, selain membawa banjir kilat, tanah runtuh dan memusnahkan rumah serta kedai.

Ribut taufan itu menyebabkan hujan lebat di Mexico berhampiran Tecolutla di Veracruz dengan amaran kategori tiga dan kelajuan angin 200km sejam.

Ia kemudian bergerak ke kawasan tengah dan tanah tinggi.

Di ibu kota Veracruz, di Xalapa jalan raya dipenuhi lumpur.

Tujuh meninggal dunia dan seorang lagi di Poza Rica.

Mangsa terbabit termasuk seorang ibu dengan lima anaknya yang tertimbus apabila tanah runtuh meranapkan rumah kecil mereka.

“Saya terdengar bunyi kuat di bumbung dan kemudian keluar untuk melihatnya,” kata bapa mangsa Adan Moreno yang menyaksikan tragedy itu.

“Seolah-olah bumi runtuh. Bukit di situ menimpa rumah kami menyebabkan isteri dan enam anak saya tertimbus,” katanya.

Beliau kemudian mengorek lumpur dengan bantuan saudara maranya tetapi hanya seorang anaknya dapat ditarik dan selamat.

Isteri dan lima lagi anaknya termasuk seorang bayi berusia dua minggu, gagal diselamatkan. – AFP, 22 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen