PM Vietnam ucap tahniah kepada Ismail Sabri


Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh antara pemimpin luar pertama mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai perdana menteri kesembila Malaysia hari ini. – Gambar EPA, 21 Ogos, 2021.

PERDANA Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Sabtu menghantar perutusan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang baharu pada Jumaat.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang Sabtu. – Bernama, 21 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen