LIMA terbunuh dan empat yang lain kini dirawat di hospital selepas cedera dalam satu serangan kebakaran di sebuah motel di Seoul, kata polis.
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang didakwa memulakan kebakaran itu ditahan.
Saksi berkata lelaki terbabit melakukan serangan itu susulan berang selepas tidak dibenarkan masuk ke sebuah bilik di motel dua tingkat berkenaan kerana dikatakan dalam keadaan mabuk.
Lelaki terbabit hanya dikenali sebagai Yu, membeli 10 liter petrol di sebuah stesen minyak berhampiran, mencurahnya di tingkat bawah motel berkenaan dan menyalakan api.
Orang ramai menggunakan alat pemadam api dalam cubaan memadam kebakaran tetapi api tidak dapat dikawal. – AFP, 20 Januari, 2018.
Komen