China lulus undang-undang privasi dalam talian baharu


Negara komunis China pada Jumaat mengumumkan undang-undang privasi baharu yang antara lain bagi melindungi hak pengguna dari dikenakan bayaran tidak sama rata di antara lain-lain platform. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2021.

CHINA pada Jumaat meluluskan undang-undang privasi menyeluruh bertujuan mencegah perniagaan kumpul data peribadi sensitif, ketika negara komunis itu berhadapan peningkatan penipuan internet selain Beijing mensasarkan syarikat teknologi yang kumpul data peribadi.

Di bawah undang-undang baharu yang diluluskan badan perundangan tertinggi China, entiti negeri dan swasta yang mengendalikan maklumat peribadi akan diminta untuk mengurangkan pengumpulan data dan mendapatkan persetujuan pengguna.

Bagaimanapun, China akan mengekalkan akses ke sejumlah data peribadi. Beijing telah lama dituduh memanfaatkan teknologi besar untuk menindas wilayah Xinjiang dan tempat lain.

Undang-undang baharu itu juga diharap menggoncang sektor teknologi China, dengan syarikat seperti Didi dan Tencent berada dalam persimpangan berikutan penyalahgunaan data peribadi.

Saham teknologi China termasuk Alibaba dan Tencent merosot selepas pengumuman pada pagi Jumaat.

Undang-undang itu bertujuan melindungi mereka yang “risau data peribadi digunakan untuk profiling pengguna selain menggunakan memberi cadangan algoritma atau penggunaan data besar dalam menetapkan harga [tidak adil],” kata seorang jurucakap Kongres Rakyat Nasional kepada agensi berita negara, Xinhua awal minggu ini.

Ini akan menghalang syarikat menetapkan harga berbeza untuk perkhidmatan sama berdasarkan sejarah membeli-belah pelanggan.

Puluhan ribu pengguna telah mengeluh kerana terpaksa membayar lebih untuk memanggil teksi menggunakan iPhone berbanding model telefon bimbit yang lebih murah atau untuk tiket, jika mereka diprofilkan sebagai pengembara perniagaan, kata badan perlindungan pengguna China. – AFP, 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen