New Zealand lanjut perintah berkurung


Lebuh raya di Wellington, New Zealand lengang tanpa kenderaan susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi membendung jangkitan Covid-19. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2021.

PERINTAH berkurung di New Zealand yang dijadual tamat hari ini akan dilanjutkan selama empat hari lagi susulan peningkatan kes Covid-19 membabitkan varian Delta.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata perintah berkurung tiga hari itu terpaksa dilanjutkan susulan jangkitan yang dikesan di Auckland sudah menular ke Wellington.

“Kita tidak pasti sejauh mana varian Delta ini sudah merebak. Oleh itu, kita perlu terus berjaga-jaga,” katanya pada sidang media.

Tambahnya, semua kes yang dikesan termasuk di Wellington adalah saling berkaitan.

New Zealand dipuji atas usaha negara itu membendung jangkitan Covid-19, dengan setakat ini hanya 26 orang daripada lima juta penduduknya maut akibat virus tersebut.

Bagaimanapun, hanya sekitar 20% penduduk New Zealand sudah menerima dua dos vaksin. – AFP, 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen