Sydney lanjut sekatan pergerakan, laksana perintah berkurung


Sekatan pergerakan di Sydney dilanjutkan sebulan lagi bagi membendung penularan Covid-19. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2021.

SYDNEY melanjutkan sekatan pergerakan selama sebulan lagi dan memperkenalkan perintah berkurung separa pada Jumaat, ketika bandar terbesar di Australia itu bergelut mengekang wabak koronavirus.

Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata ia adalah keputusan sukar yang terpaksa dilakukan.

“Malangnya jumlah kes terus bertambah,” katanya. “Inilah kehidupan bagi kebanyakan kita hingga akhir September.”

Bandar itu melaporkan lebih 600 kes setiap hari dan jumlah itu menunjukkan sedikit tanda penyusutan.

Perintah tinggal di rumah akan dilaksanakan di seluruh bandar hingga akhir September dan penduduk di kawasan mempunyai kes tinggi juga akan dikenakan perintah berkurung pada waktu malam dan mengehadkan hanya sejam sehari bagi aktiviti luar.

Kira-kira 1,000 anggota pasukan pertahanan membantu polis melaksanakan sekatan.

Australia sedang bergelut memastikan kempen imunisasinya berjalan lancar.

Setakat ini, hanya 30% penduduknya mendapat vaksin lengkap. – AFP, 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen