Korban gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189


Doktor daripada organisasi AS Medic Corps memindahkan penduduk yang terjejas gempa bumi, di hospital OFATMA, di Les Cayes, Haiti, hari ini. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2021.

ANGKA korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189 orang, lapor Sputnik memetik Associated Press.

Menurut kenyataan agensi perlindungan awam gempa berkekuatan 7.2 pada skala Richter itu melanda pantai Haiti pada Sabtu. 

Perdana menterinya Ariel Henry akan mengisytiharkan darurat dan menggesa agar semua pihak bersolidariti menghadapi bencana itu.

Beberapa negara turut menyatakan kesediaan memberi bantuan kemanusiaan kepada Haiti. – Bernama, 19 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen