Agong bertemu ahli Parlimen bincang calon PM pilihan


Bas membawa ahli Parlimen Perikatan Nasional tiba di Istana Negara untuk menghadap yang di-Pertuan Agong, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2021.

YANG di-Pertuan Agong memulakan pertemuan dengan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk mengesahkan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Difahamkan, kumpulan ahli Parlimen pertama adalah dari Malaysia Timur yang akan menghadap Agong melalui sidang video.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata menulis Twitter, pembangkang belum menerima undangan untuk menghadap Agong.

Ong menulis di Twitter: “Selamat pagi! Sekiranya ada yang tertanya-tanya, tidak, saya dan rakan yang lain tidak mendapat jemputan untuk ke Istana hari ini… Semoga hari anda ceria!”

Ahli Parlimen daripada Umno dilihat memasuki istana pada pukul 10.38 pagi dengan menaiki bas dan beberapa buah kereta.

Juga dilihat memasuki Istana negara sebelum itu adalah Peguam Negara Idrus Harun, dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Seramai 114 anggota Parlimen daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, PAS, GPS dan beberapa bebas dipanggil ke Istana Negara hari ini.

Ahli Parlimen ini adalah mereka yang mengemukakan akuan bersumpah untuk menyokong Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri seterusnya. – 19 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen