Tentera AS kekal di Kabul sehingga semua rakyatnya dipindahkan


Anggota tentera membantu kakitangan Kedutaan AS dari Afghanistan ketika mereka menaiki penerbangan Qatar Airways ke Kuwait. – Gambar EPA, 19 Ogos, 2021.

PRESIDEN Joe Biden pada Rabu berkata tentera Amerika Syarikat (AS) tidak akan meninggalkan rakyatnya di Afghanistan, walaupun ia bermakna mereka terpaksa berada lebih lama di Kabul yang dikuasai Taliban berbanding tempoh dipersetujui.

Ketika wawancara pertamanya sejak Taliban merampas ibu negara Afghanistan, menyebabkan warga asing dan sekutu Afghanistan panik, Biden memberitahu ABC News yang “huru-hara” tidak dapat dielakkan.

Pemimpin AS berkata mereka berpegang pada tarikh akhir 31 Ogos untuk membawa keluar pasukan tentera terakhir dan menyerahkan negara itu kepada Taliban.

Bagaimanapun, Biden berkata untuk pertama kalinya bahawa tentera AS mungkin berada di sana lebih lama jika ada rakyatnya masih cuba meninggalkan negara itu. 

“Jika ada rakyat Amerika yang tertinggal, kami akan berada di sini untuk mengeluarkan mereka semua,” kata Biden.

Presiden AS tidak menjelaskan bagaimana lanjutan itu akan dilakukan.

Taliban membenarkan tentera AS dan mengatur pemindahan dengan mengawal lapangan terbang.

Bagaimanapun, mereka mempunyai kawalan penuh di seluruh bandar dan pada dasarnya boleh memutuskan siapa yang boleh melepasinya atau tidak, sementara tentera asing dihadkan untuk bergerak dengan selamat di luar kawasan lapangan terbang.

Biden memberitahu ABC News tiada jalan keluar yang mudah.

“Ideanya untuk memastikan ada jalan keluar sebarang kekacauan - saya tidak tahu bagaimana itu berlaku,” kata Biden.

Beliau menambah Taliban ketika ini membantu pasukan AS membantu warga asing keluar. – AFP, 19 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen