Menteri luar Peru letak jawatan kurang tiga minggu dilantik


Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk "Bejar Letak Jawatan", merujuk kepada Menteri Luar Negeri Peru, Hector Bejar semasa tunjuk perasaan di luar ibu pejabat Kementerian Luar Negeri di Lima. – Gambar AFP, 18 Ogos, 2021.

BEKAS gerila Hector Bejar pada Selasa mengundurkan diri sebagai menteri luar Peru kurang tiga minggu selepas dilantik

Beliau yang berusia 85 tahun, pernah berjuang sebagai gerila pada 1960-an, didapati terlibat dalam skandal politik setelah media tempatan menerbitkan sebuah video dari November 2020 di mana beliau menuduh tentera laut Peru yang disokong CIA membuat keganasan.

Kenyataannya itu merujuk kepada serangan anti-Cuba di Lima pada 1977.

Bagaimanapun beliau mencetuskan kontroversi dengan mendakwa CIA di dalang tindakan pengganas yang dilakukan oleh kumpulan Maoist Shining Path pada 1980.

Presiden baharu Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatannya, kata setiausaha akhbarnya.

Ini permulaan tidak bagus bagi ahli politik haluan kiri Castillo, yang diserang kerana melantik Guido Bellido, jurutera elektronik tanpa pengalaman di pejabat awam, sebagai perdana menteri.

Media Peru berkata Bellido disiasat pendakwa raya atas tuduhan “meminta maaf kerana keganasan” atas kenyataan yang dibuat tidak lama selepas mengambil alih kerusi Parlimennya bulan lalu.

Matawang Sol juga jatuh ke paras terendah berbanding Dolar pada 30 Julai selepas Castillo menangguhkan penamaan menteri kewangan dan keadilannya.

Awal bulan ini, sekitar 2,000 orang turun ke jalan raya di Lima menuntut Castillo dan kabinetnya letak jawatan. – AFP, 18 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen