Ribuan dipindahkan di Perancis, kebakaran hutan marak


Perancis antara lokasi terbaru dalam senarai negara Mediterranean yang terjejas akibat cuaca ekstrem dan kebakaran hutan. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2021.

RIBUAN penduduk termasuk pelancong di tapak perkhemahan diselamatkan dan dipindahkan apabila kebakaran hutan semakin marak berhampiran resort mewah Saint-Tropez di selatan Perancis, kata jabatan bomba.

Kira-kira 759 anggota bomba dan pesawat air bergelut dengan api dalam keadaan sukar – suhu amat tinggi dan angina kuat.

“Ribuan orang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi tiada mangsa,” kata jurucakap perkhidmatan bomba.

Perancis antara lokasi terbaru dalam senarai negara Mediterranean yang terjejas akibat cuaca ekstrem dan kebakaran hutan, dengan pakar cuaca memberi amaran keadaan akan bertambah buruk akibat pemanasan global.

Api yang pantas merebak itu bermula semalam kira-kira 100km dari bandar Toulon, yang pada masa ini 3,500 hektar hutan sudah terbakar setakat pagi tadi.

Pemindahan mangsa berlaku sekitar Saint-Tropez dan perkampungan Le Mole dan Grimaud. – AFP, 17 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen