Kabul lebih stabil, selamat di bawah Taliban, kata Rusia


Rusia mendakwa situasi di Kabul lebih stabil dan selamat selepas Taliban menguasai semula Afghanistan.– Gambar AFP, 17 Ogos, 2021.

KABUL kini stabil selepas Taliban isytihar berjaya menguasai semula Afghanistan, kata kedutaan Rusia semalam.

Laporan AFP memetik kenyataan duta Rusia berkata situasi di Afghanistan juga lebih selamat, malah Taliban memberi jaminan tidak akan menjejaskan keselamatan mana-mana pihak.

Kenyataan duta besarnya Dmitry Zhirnov turut mengesahkan negara itu akan mengeratkan hubungan dengan kerajaan baharu di bawah Taliban.

Dmitry dalam temu bual bersama radio Ekho Moskvy juga berkata situasi di Kabul jauh lebih baik berbanding semasa di bawah pemerintahan Presiden Ashraf Ghani yang melarikan diri pada Ahad.

Tidak seperti negara Barat lain yang membawa keluar diplomat dan warga masing-masing dari Afghanistan, Moscow berkata ia tidak bercadang untuk memindahkan kedutaannya di Kabul. – AFP, 17 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen