4 tentera Turki terbunuh di Iraq 


Tentera Turki menubuhkan rangkaian pangkalannya di Iraq sejak pertengahan 1990-an di bawah perjanjian keselamatan yang ditandatangani dengan Saddam Hussein.– Gambar EPA, 16 Ogos, 2021.

EMPAT tentera Turki terbunuh dalam dua insiden berasingan di utara Iraq ketika bertempur dengan kumpulan Kurdish, kata kementerian pertahanan. 

Tiga tentera maut dan dua cedera apabila alat peledak meletup di kawasan tentera Turki menjalankan operasi memburu pemberontak dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK). 

Seorang lagi terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran dengan pemberontak Kurdish di pangkalan tentera Turki. 

Pasukan tentera Turki sering menjalankan operasi ke atas pangkalan PKK di kawasan pergunungan utara Iraq. 

Kumpulan itu tersenarai sebagai organisasi pengganas oleh Turki dan sekutu baratnya. 

Tentera Turki menubuhkan rangkaian pangkalannya di Iraq sejak pertengahan 1990-an di bawah perjanjian keselamatan yang ditandatangani dengan Saddam Hussein.

Pemberontakan PKK tenggara Turki bermula sejak 1984 yang meragut lebih 40,000 nyawa. – AFP, 16 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen