ANGKA korban gempa bumi di Haiti naik kepada 1,200 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor AFP.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari mangsa gempa bumi kuat berskala 7.2 magnitud yang melanda pada Sabtu.
Gempa menyebabkan pada 8.30 pagi waktu tempatan itu turut dirasai sehingga ke Cuba dan Jamaica.
Pusat gegaran bermula kira-kira 160km dari barat ibu negara Port-au-Prince.
Haiti mengisytiharkan darurat berikutan bencana itu. – 16 Ogos, 2021.
Komen