Harga ujian PCR di Indonesia serendah Rp450,000 (RM135), kata Jokowi


Selain itu, Presiden Indonesia Joko Widodo juga mahu semua hasil ujian saringan PCR diperolehi dalam tempoh 24 jam. – Gambar EPA, 15 Ogos 2021.

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mahu kos melakukan ujian saringan “polymerase chain reaction” atau PCR bagi Covid-19 ditetapkan pada harga sekitar Rp450,000 (RM135) sehingga Rp 550,000 (RM165) sahaja.

“Saya sudah berbicara (berbincang) dengan Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) mengenai hal ini, saya minta agar biaya test PCR berada sekitar antara Rp450,000 hingga Rp550,000,” kata Jokowi menerusi siaran di Youtube Sekretariat Presiden, hari ini.

Jokowi berkata, ujian saringan PCR menjadi satu cara dalam menangani Covid-19.

“Kerana itu, menurunkan harga standard ujian PCR sebagai upaya untuk memperbanyak ujian dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu semua hasil ujian saringan PCR diperolehi dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan tinjauan, harga atau kos PCR di Jakarta adalah di sekitar Rp800,00 (RM240) hingga Rp1 juta (RM300) manakala  ujian antigen sekitar Rp75,000 hingga Rp200,000 (RM22-RM60). – Bernama, 15 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen