Jepun bakal dilanda hujan lebat


Sebuah kereta remuk dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Jepun. – Gambar AFP, 15 Ogos, 2021.

JEPUN bersiap sedia berdepan hujan lebat hari ini selepas kira-kira tiga orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir.

Penduduk kembali pulang ke rumah masing-masing bagi memeriksa rumah mereka yang dilimpahi lumpur di barat daya negara itu, yang mana hampir dua juta penduduk dinasihatkan berada di pusat perlindungan semalam kerana paras air sungai dikhuatiri melimpah.

Lebih satu meter hujan direkodkan sejak Rabu di bahagian utara Kyushu, salah satu Kawasan paling teruk dilanda hujan lebat.

Hujan mula reda di wilayah berkenaan dengan agensi cuaca menurunkan tahap waspada daripada peringkat atas.

Pegawai perbandaran Kyushu, wilayah Nagasaki, Hironori Fujiki berkata, pihaknya belum memulakan penyelidikan terhadap kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dalam skala sepenuhnya.

“Kita belum melihat keseluruhan gambaran bencana ini,” katanya kepada AFP.

Dua wanita berusia 70-an disahkan meninggal dunia selepas kedua-dua mereka ditemui dalam saliran terusan.

Penemuan itu selepas seorang Wanita berusia 59 tahun maut apabila rumahnya dibawa lumpur susulan tanah runtuh di Unzen, Nagasaki kelmarin.

Petugas penyelamat masih mencari dua lagi ahli keluarga di kawasan runtuh.

Terdapat imej menunjukkan pasukan penerbangan di Saga menunjukkan isyarat keselamatan di kawasan perumahan yang dipenuhi lumpur.

Kejadian tanah runtuh turut berlaku di kawasan lain di Jepun dengan tiga orang maut termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun dikhuatiri terbunuh selepas rumah mereka dilanda tanah runtuh di wilayah Nagana tengah, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP hari ini.

Saintis berkata bahawa perubahan iklim semakin meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan di tempat lain.

Hujan lebat pada bulan lalu menyebabkan tanah runtuh dahsyat melanda di pusat bandar peranginan Atami yang mengorbankan 23 orang dengan empat masih hilang.

Pada 2018, banjir dan tanah runtuh menyebabkan lebih 200 penduduk di barat Jepun maut semasa musim hujan tahunan negara itu. – AFP, 15 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen