Poland jual 1 juta vaksin Covid-19 kepada Australia


Poland selesai memberi vaksin sepenuhnya terhadap kira-kira 55% penduduknya, tetapi kadar vaksinasi telah menurun secara mendadak dalam beberapa bulan ini, kata Menteri Kesihatan Poland Adam Niedzieslki. – Gambar EPA, 15 Ogos 2021.

POLAND telah menjual satu juta dos vaksin Covid-19 jenama Pfizer kepada Australia sebagai sebahagian daripada “dasar solidariti yang bertanggungjawab”, kata menteri kesihatan negara itu hari ini.

Menteri Kesihatan Adam Niedzieslki berkata pembelian vaksin Poland “membolehkan kami memenuhi keperluan warganya dan menyokong negara lain yang memerlukan”.

Duta Besar Poland ke Australia Michal Kolodziejski berkata: “Pada masa-masa sukar ini bagi rakan-rakan kita di Australia, Poland telah memutuskan untuk berkongsi dengan Australia satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, dengan segera.”

Poland selesai memberi vaksin sepenuhnya terhadap kira-kira 55% penduduknya, tetapi kadar vaksinasi telah menurun secara mendadak dalam beberapa bulan ini dan banyak pusat vaksinasi terpaksa ditutup kerana kurang permintaan.

Tinjauan undian menunjukkan hampir satu per empat rakyat negara itu menentang vaksinasi atau ragu-ragu untuk mendapatkannya. – AFP, 15 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen