SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh apabila trak membawa bahan bakar meletup di wilayah utara Akkar, menurut Palang Merah Lubnan hari ini.
Video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan api marak di lokasi kejadian.
Bagaimanapun kesahihan video berkenaan tidak dapat disahkan. Punca letupan juga belum diketahui.
“Pasukan kami memindahkan 20 mayat dan lebih tujuh mangsa cedera dalam letupan tangki bahan bakar di Akkar ke hospital berhampiran,” menurut Palang Merah di Twitter.
Lubnan yang dilanda krisis ekonomi terburuk di dunia sejak 1850 menurut Bank Dunia, mengalami kekurangan bahan bakar selama berbulan-bulan.
Tentera Lubnan semalam berkata pihaknya merampas ribuan liter petrol dan diesel yang disimpan pengedar di seluruh negara. – AFP, 15 Ogos, 2021.
Komen