19 pelombong terperangkap di China


Lebih 200 pekerja kecemasan dikerah untuk menyelamatkan 19 pekerja lombong arang batu yang terperangkap di China. – Gambar AFP, 15 Ogos, 2021.

PENYELAMAT di barat laut China bekerja keras pada Ahad untuk menyelamatkan 19 pelombong arang batu yang terperangkap, beberapa jam selepas lombong itu dilanda banjir lumpur.

Seorang pekerja sudah disahkan terbunuh.

Banjir berlaku tengahari Sabtu di lombong arang batu Chaida’er di daerah Qinghai, lapor media negara itu.

China mempunyai rekod keselamatan lombong yang lemah menyebabkan kemalangan lombong selalu berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan peraturan keselamatan.

Di Caida’er, 21 orang sedang bekerja di bawah tanah ketika kemalangan berlaku dan seorang yang cedera berjaya diselamatkan, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan China.

Seorang lagi ditemui mati, dan yang lain masih terperangkap dalam lombong.

Pihak berkuasa Qinghai pada sidang media Ahad lalu berkata lombong itu sudah diarah menangguhkan operasi pada awal bulan ini kerana kegagalan mematuhi peraturan keselamatan, laporan agensi berita Xinhua.

Lebih 200 orang penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian dan pihak berkuasa tempatan berikrar menjalankan siasatan menyeluruh dan meningkatkan keselamatan lombong arang batu.

Pada Januari lalu, sekumpulan pelombong di daerah Shandong, barat China terperangkap di bawah tanah selama dua minggu.

Dan pada April lepas, pekerja terperangkap di lombong di daerah Xinjiang selepas banjir memutuskan sumber bekalan kuasa menyebabkan gangguan kepada perhubungan di lombong itu. – AFP,15 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen