TURKI berdepan dua tragedi semalam apabila lapan maut selepas pesawat bomba terhempas sementara pasukan penyelamat berdepan kesukaran mencari mangsa terselamat bencana banjir kilat di utara negara itu yang menyebabkan 55 terkorban.
Ankara dan Moscow semalam mengumumkan semua lapan anggota di dalam pesawat Rusia terkorban dalam misi memadamkan kebakaran.
Tragedi udara itu berlaku ketika Turki baru saja mula dapat mengawal ratusan kebakaran hutan yang menyebabkan lapan terbunuh sementara hutan di sepanjang pantai selatan negara itu musnah.
Saintis percaya kebakaran semula jadi itu menjadi bertambah buruk dan kerap kerana pemanasan global akibat pencemaran.
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di Turki, Recep Tayyip Erodgan.
Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu takziah kepada kedua-dua negara dan rakyat Rusia.
“Pengorbanan penuh berani itu tidak akan dilupakan.”
Di Moscow, Kementerian Pertahanan berkata lima anggota tentera Rusia dan tiga rakyat Turki berada dalam pesawat jenis Russian Be-200 itu terhempas kira-kira jam 1.30 petang.
Rakaman televisyen menunjukkan asap tebal kelihatan dari zon pergununungan di selatan Turki.
Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan berkata pesawat dipinjamkan Rusia itu berlepas dari Adana bagi membantu memadamkan kebakaran di wilayah Kahramanmaras.
Pesawat pemantau dan helicopter dihantar ke lokasi nahas, katanya. – AFP, 15 Ogos, 2021.
Komen