SATU gempa bumi kuat berukuran 7.2 skala Richter melanda Haiti pada Sabtu, menurut pusat kajian geologi Amerika Syarikat dengan beberapa kerosakan sudah dilaporkan.
Gegaran dalam jangka masa yang agak lama dirasai di seluruh negara itu dan kerosakan harta benda dilaporkan di barat daya pulau itu, menurut imej daripada saksi.
Beberapa jam kemudian, pakar geologi AS mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi kuat melanda negara Caribbean itu.
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 160 kilometer perjalanan dari bandaraya Port-au-Prince, ibu negara yang mempunyai penduduk paling sesak, menurut pusat kajian geologi AS. – AFP, 14 Ogos, 2021.
Komen