Menjelang 20 tahun 9/11, AS keluarkan amaran keganasan baharu


Amerika Syarikat memberi amaran pertambahan ancaman keganasan menjelang ulang tahun ke-20 tragedi 11 September ketika dunia masih bergelut dengan pandemik. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2021.

JABATAN Keselamatan Dalam Negeri AS mengeluarkan nasihat baharu keganasan pada Jumaat menjelang ulang tahun serangan pengganas 11 September dan penularan pandemik koronavirus.

Sistem Buletin Penasihatan Keganasan Nasional berkata AS berdepan “peningkatan persekitaran mengancam” untuk keganasan dalam negara “dan mereka yang terinspirasi atau termotivasi oleh pengganas asing dan pengaruh asing berniat jahat.”

Ia juga mendedahkan pertambahan penggunaan “forum dalam talian untuk mempengaruhi dan penyebarkan naratif ganas pelampau dan mempromosi aktiviti keganasan.”

Nasihat itu dikemas kini pada Januari lalu selepas serangan ke atas Kongres AS oleh penyokong Donald Trump yang ketika itu presiden AS, apabila DHBS berkata negara itu berdepan “peningkatan ancaman yang rumit dan ganas” dari kelompok anti kerajaan dan pelampau perkauman, yang digerakkan oleh pengaruh dalam talian dari luar negara.

Buletin itu juga dipinda pada Mei lepas, dengan DHS memberi amaran yang pelampau pengganas boleh menggunakan kelonggaran sekatan Covid-19 untuk melakukan serangan.

Walaupun program vaksinasi sedang diperhebat, kes Covid-19 terus meningkat mendadak sejak beberapa bulan lepas di AS disebabkan penularan varian Delta, yang menyebabkan tindakan kesihatan baharu diambil.

Nasihat itu yang akan tamat tempoh pada 11 November ini juga menyebut yang menjelang ulang tahun ke-20 serangan 11 September, cawangan Al-Qaeda di Yaman, Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), menerbitkan majalah propaganda berbahasa Inggeris, “Inspire” buat pertama kali sejak empat tahun lepas.

AS menganggap AWAP adalah cawangan kumpulan pengganas itu yang paling bahaya, melakukan serangan dron ke atas kubunya di Yaman sejak serangan 9/11 berlaku.

DHS ditubuhkan selepas 9/11 dan sering mengeluarkan nasihat ancaman keganasan. – AFP,14 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen