Dibuang kerja jika sokong pembangkang, kata menteri kepada guru, pegawai


Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata perbuatan menyokong pembangkang sama seperti perbuatan sabotaj atau merosakkkan imej kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2018.

GURU dan pegawai Kementerian Pendidikan diberi amaran supaya tidak menyokong pembangkang, lapor Kwong Wah hari ini.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid memberitahu tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru dan pegawai kementerian yang menyokong pembangkang.

Mahdzir berkata kakitangan awam, pegawai jabatan pendidikan dan guru dihalang daripada menyertai mana-mana parti pembangkang atau mengkritik kerajaan.

Katanya lagi, ini sama seperti perbuatan sabotaj atau merosakkkan imej kerajaan.

Beliau memberikan contoh pegawai jabatan pendidikan negeri yang mengkritik kerajaan di Facebook dan bagaimana ia menjadi viral di media sosial sebelum dipetik media.

“Dalam kes ini kita terpaksa ambil tindakan pantas walaupun dia tidak digantung kerja. Cara dia mengkritik menunjukkan betapa bencinya kepada kerajaan.

“Saya juga mendapat tahu salah seorang pengetua sekolah adalah pemimpin PKR dan seorang lagi pegawai memegang jawatan dalam PAS. Ini tidak dibenarkan,” kata Mahdzir di Putrajaya semalam.

Pegawai pendidikan harus fokus kepada pembaharuan sistem pendidikan dan sekiranya mereka ada sebarang aduan, ia harus dipanjang terus kepada kementerian atau melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Ahli Parlimen Padang Terap itu juga berkata mereka yang menentang kerajaan harus meletak jawatan sebelum diminta berbuat demikian.

“Kita tak akan benarkan mana-mana pegawai untuk menyertai mana-mana parti pembangkang. Kalau sertai kerajaan, tak apa.”


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • undi tu rahsia, macam mana pembangkang blh kata yang mana2 pendidik yang undi pembangkang akan di buang kerja.. setakat ni tak ada pun cikgu yang undi pembangkang kena buang kerja... cuma jangan burukkan kerajaan secara terbuka, agaknya pembangkang dah xda idea nak reka cerita untuk jatuhkan kerajaan sekarang

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan

  • Kalu camtu sama sama la kita rakyat msia undi pembangkang agar menteri umno no hilang kerja pulak

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Undi ada lah rahsia, undi juga adalah milik individu bukan hak kerajaan. Kerajaan di bentuk atas pemilihan rakyat tak kira kaum , darjat, panj


    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Abdul Rahman Abdul Razak · Ulasan

  • Undi itu rahsia dan siapa rakyat nak undi ada lah hak mutlak individu tak kira sama ada pengundi itu pejawat awam atau pekerja swasta itu hak individu atau rakyat siapa yg mereka fikir layak secara kolektive meneraju negara atau






    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Abdul Rahman Abdul Razak · Ulasan

  • Kerajaan di bentuk atas dasar pemilihan pengundi bukan hak menteri untuk memerintah siapa yang rakyat harus pilih berdasarkan creditability setial ahli parlimen atau dewan undangan negeri. Negara kita mengamalkan sistem demokracy bukan komunis atau dictator.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Abdul Rahman Abdul Razak · Ulasan

  • Pure Islamic Caliphate Draconianism right here. No regard for human rights.. all are slave except the rulers. A taste of Malaysia going full speed ahead in Arabisation.
    Malaysia will be destroyed under this species.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Qwerty Que · Ulasan

  • Kita tak akan benarkan mana-mana pegawai untuk menyertai mana-mana parti pembangkang. Kalau sertai kerajaan, tak apa.

    - Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid

    NOTA:
    satu lagi projek pembodohan umat..

    persoalannya ialah:
    1. adakah kerajaan & BN itu merupakan satu entiti yg sama..?
    2. kakitangan kerajaan tu bermaksud kakitangan BN ke..?
    3. kakitangan kerajaan dibayar gaji oleh wang kerajaan (rakyat) atau wang BN..?
    4. negara kita negara demokrasi.. namun, adakah dengan melarang kakitangan menyokong pembangkang, ini menepati semangat demokrasi itu sendiri..?
    5. menyokong parti pembangkang bererti menentang kerajaan ke..?

    KENAPA MENTERI MESTI BODOH..??

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Maiku Kamishiro · Ulasan