Rusia catat kematian tertinggi Covid-19 


RUSIA mencatatkan kes kematian harian Covid-19 tertinggi buat dua hari berturut-turut, walaupun Moscow menamatkan beberapa sekatan. 

Sebanyak 815 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dan 22,277 kes jangkitan baharu. 

Rusia merupakan negara keempat paling teruk terjejas akibat pandemik sejak pertengahan Jun dan kini berdepan gelombang baharu jangkitan akibat varian Delta. 

Angka kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Rusia kepada 168,864. 

Ia merupakan jumlah kematian tertinggi di Eropah. 

Jumlah kes kematian hanya direkodkan selepas laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat Covid-19. 

Di bawah definisi kematian akibat koronavirus yang lebih lkuas, agensi statistik Rosstat berkata Rusia menyaksikan lebih 300,000 kes kematian setakat akhir Jun. 

Pihak berkuasa berdepan penduduk yang masih ragu dengan pengambilan vaksin. 

Kajian yang diijalankan Levada Centre minggu ini menunjukkan 55% penduduk Rusia tidak bercadang untuk mengambil suntikan vaksin. – AFP, 13 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen