SEBUAH bas meletup di Voronezh di barat Rusia, menyebabkan seorang penumpang terbunuh manakala 17 yang lain cedera, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Beberapa mangsa yang cedera pula dilaporkan kritikal.
“Setakat ini tiada petunjuk bahawa ia serangan pengganas,” kata Timbalan Gabenor Voronezh Sergei Sokolov, dipetik agensi berita Interfax.
Pemandu bas dilaporkan saluran berita tempatan Russia-24 berkata, seramai 35 penumpang berada dalam kenderaan itu ketika tragedi berlaku malam tadi.
Gabenor Voronezh, Alexander Gusev dalam kenyataan berasingan berkata mangsa yang cedera meningkat kepada 18 orang, termasuk seorang wanita maut.
Bas tersebut dilaporkan meletup ketika berhenti di perhentian berhampiran sebuah pusat beli-belah.
Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial memaparkan letupan itu menyebabkan bahagian bumbung bas musnah, manakala tingkap pecah.
Kenyataan jawatankuasa siasatan kebangsaan menyebut mereka satu pasukan pakar dari Moscow dihantar ke lokasi kejadian dan kertas siasatan dibuka berhubung kecuaian penyelenggaraan. – AFP, 13 Ogos, 2021.
Komen