Dilema mengajak anak Penan ke sekolah


Desmond Davidson

Gambar fail menunjukkan anak-anak Penan di sebuah rumah di Long Keluan. Kerajaan Sarawak membayar RM2 sehari sebagai insentif untuk mereka hadir ke sekolah. – Gambar AFP, 19 Januari, 2018.

PARA pemimpin komuniti Dayak tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan negeri Sarawak untuk membayar RM2 sehari sebagai insentif untuk hadir ke sekolah. 

Seorang ahli politik menyifatkan ia tidak kena pada tempatnya sementara wakil-wakil NGO berkata suku kaum itu memerlukan segala keperluan yang sepatutnya.

Seorang peguam dari PKR, Abun Sui Anyit berkata langkah itu akan mempunyai “kesan budaya negatif” terhadap kanak-kanak di masa depan kerana ia mereka diajar untuk mendapat motivasi apabila diberikan wang.

Namun, bagi Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Jisin Nyud dan Komeok Joe dari NGO Keruan yang menyokong komuniti Penan berkata sebarang bantuan kepada suku kaum terkecil di Sarawak itu harus diambil.

Bulan lalu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mengumumkan sebanyak RM55,000 telah dibelanjakan pada 2017 sebagai insentif untuk kira-kira 300 kanak-kanak Penan supaya bersekolah.

“Harus ada permulaan di mana-mana. Ia lebih baik daripada tiada langsung. Apa yang penting ialah supaya anak-anak ini bersekolah,” Jisin memberitahu The Malaysian Insight.

“Di sekolahlah kita dapat membantu membentuk minda mereka, tanamkan dalam diri mereka tentang pentingnya pendidikan dan dengan mendidikan yang baik kita boleh mengasimilasikan mereka ke dalam masyarakat arus perdana.

“Bagaimana kita nak buat semua ini kalau mereka tiada dalam kelas? Pemikiran mereka perlu diubah. Inilah saja caranya untuk anak-anak ini, begitu juga ibu bapa mereka.

300 anak-anak Penan ini berasal dari dua penempatan untuk penduduk asli yang dipindahkan akibat pembinaan empangan hidroelektrik Murum di Belaga dan bersekolah sama ada di SK Metalun di skim penempatan semula Metalun atau SK Tegulang dalam penempatan semula yang sama.

“Anak-anak Penan tak suka ke sekolah, jadi insentif ini kami berikan supaya mereka ke sekolah,” kata Masing. 

Beliau merupakan pengerusi Tabung Amanah Bakun yang menjaga keperluan pendidikan kanak-kanak yang dipindahkan disebabkan projek empagan hidroelektrik negeri. – 19 Januari, 2018.

[Berita penuh di sini]


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen