Taliban kuasai bandar Ghazni 


Bandar Ghazni di tenggara Afghanistan yang hanya 150 kilometer dari ibu negara Kabul, kini dikuasai Taliban.– Gambar EPA, 12 Ogos, 2021.

TALIBAN menguasai bandar Ghazni di tenggara Afghanistan, hanya 150 kilometer dari ibu negara Kabul, kata anggota majlis wilayah Hasan Reza Yusufi pada Khamis.

“Kota Ghazni jatuh ke tangan Taliban pagi ini dan kumpulan itu dilihat berada di semua kawasan termasuk ibu pejabat polis. Pejabat gabenor dan pegawai wilayah terpaksa dipindahkan dari bandar itu ke Kabul,” kata Yusufi kepada Xinhua.

Menurut saksi Sayed Ali, Taliban memasuki bandar itu sekitar 9 pagi waktu tempatan.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid turut mengesahkan perkara itu menerusi akaun media sosialnya. – Bernama, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen