SEBUAH kapal kargo yang berdaftar di Panama terkandas di wilayah utara Aomori, Jepun berdekatan pelabuhan Hachinohe dan menyebabkan berlaku tumpahan minyak, menurut Sputnik, memetik laporan penyiar NHK.
Kapal Crimson Polaris yang terkandas sejak Rabu dan terputus dua itu mula menumpahkan minyak.
Semua 21 anak kapal – warga China dan Filipina diselamatkan.
Tumpahan minyak merebak sejauh 5km. Pengawal pantai mendapati kapal itu mungkin akan tenggelam dan melancarkan usaha untuk mencegah tumpahan minyak daripada merebak.
Pihak bekuasa Jepun menubuhkan pusat krisis untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu. – Bernama, 12 Ogos, 2021.
Komen