Laporan Lithuania kenakan sekatan terhadap Mongolia tidak benar


Laporan itu mendakwa Presiden Lithuania, Dalia Grybauskaite, telah menandatangani satu rang undang-undang bagi mengenakan sekatan terhadap Mongolia pada Isnin. – Gambar EPA, 19 Januari, 2018.

KEMENTERIAN Hal Ehwal Luar Mongolia pada Khamis berkata laporan yang mendakwa Lithuania mengenakan sekatan terhadap Mongolia adalah tidak benar, lapor agensi berita China Xinhua.

Laporan itu mendakwa Presiden Lithuania, Dalia Grybauskaite, telah menandatangani satu rang undang-undang bagi mengenakan sekatan terhadap Mongolia pada Isnin.

Maklumat tersebut turut disangkal oleh Kementerian Luar Lithuania, yang menegaskan bahawa negara itu dan Mongolia sedang membangunkan hubungan dua hala yang konstruktif selain aktif bekerjasama dalam format berbilang hala dan memperluas kerjasama ekonomi secara beransur-ansur.

Ini bukan kali pertama tindakan menyiarkan maklumat agresif anti-Lithuania dan pihak ketiga yang bertujuan menjejaskan negara itu di arena antarabangsa berlaku, kata Kementerian Luar Lithuania.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara diwujudkan pada 11 Disember 1991. – Bernama, 19 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen