Polis Brickfields lupus barang kes bernilai lebih RM1.5 juta


POLIS Daerah Brickfields hari ini melupuskan 2,108 barang kes berkaitan perjudian dan barang kes di bawah Akta Kastam bernilai RM1,581,650 yang dirampas di sekitar daerah Brickfields.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata ia melibatkan hasil rampasan dalam tempoh antara tahun 2017 dan 2021, dari 78 kes siasatan yang terdiri daripada 670 barang kes perjudian iaitu komputer dan komputer riba.

“Ia turut melibatkan 160 barang di bawah siasatan Akta Kastam 1967 dan 1,278 barang kes am iaitu rokok, minuman keras dan mesin pelayan Bitcoin,” katanya dalam majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di Kuala Lumpur hari ini.

Basri berkata kesemua barang kes itu sudah mendapat kelulusan Majistret Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lepas untuk dilupuskan. – Bernama, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen