PERINTAH reman terhadap pengasas entiti perdagangan forex JJ Poor to Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua pembantunya dilanjutkan hingga esok.
Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Klang jam 10 pagi tadi, lapor The StarOnline.
Pada Selasa, mereka ditahan polis di Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 pagi sebelum direman selama tiga hari yang berakhir hari ini.
Tangkapan dibuat selepas beberapa agensi penguatkuasaan menyerbu lapan premis JJPTR di Pulau Pinang dan menahan 15 kakitangan dan empat pelabur untuk soal siasat dan dokumentasi, minggu lalu.
JJPTR disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap syarikat itu sejak beberapa minggu lalu. – 18 Mei, 2017.
Komen