Berita palsu antara punca Bulgaria lambat suntik rakyat


Peruncit dan pemilik kafe, bar dan restoran serta kakitangannya membuat protes membantah sekatan Covid-19 yang dikenakan kerajaan di Sofia, ibu negara Bulgaria. – Gambar AFP, 12 Ogos, 2021.

SUDAH hampir waktu makan tengah hari namun pusat vaksinasi Covid-19 di Sofia, Bulgaria hampir kosong, bukti usaha imunisasi negara itu terhambat oleh berita palsu dan ketidakpercayaan yang tinggi.

Ketika gelombang Covid-19 keempat mengancam, data rasmi menunjukkan hanya 15 peratus daripada 6.9 juta populasi telah divaksinasi sepenuhnya, jauh di bawah purata Kesatuan Eropah (EU) iaitu pada 53.3 peratus.

“Sejak bermulanya program vaksinasi, kami masih ketinggalan,” kata Menteri Kesihatan Stoycho Katsarov dalam temu ramah baru-baru ini.

Di sekitar Sofia, mudah melihat sikap rakyat yang tidak mengendahkan virus ini.

“Sudah tentu tidak!” kata pekerja pembinaan berusia 45 tahun, Georgy Dragoev, ketika ditanya AFP adakah dia akan dapatkan suntikan vaksin.

“Saya rasa mereka cuma panik,” katanya, sambil berehat makan tengah hari di bangku di luar pusat vaksinasi.

“Kalau coronavirus ini wujud pun dan saya dijangkiti, saya akan berjaya lawannya,” tambahnya.

Hasil tinjauan Gallup baru-baru ini menunjukkan sejumlah 41.8 peratus penduduk Bulgaria mengatakan mereka tidak merancang untuk disuntik.

Malah ada antara mereka yang datang untuk mendapatkan vaksin telah membuat janji temu.

Akauntan Katerina Nikolova, 39, memberitahu AFP ia bukan keputusan mudah baginya, berkata prosedur ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dipercepatkan itu membimbangkan.

Berita palsu mengenai virus itu juga penyumbang utama.

Sejak pertengahan Mac, AFP telah menjalankan layanan pemeriksaan fakta di Bulgaria, dan dalam jangka waktu tersebut, setengah artikel yang diterbitkan berkaitan dengan maklumat salah mengenai koronavirus.

Teorinya berkisar dari dakwaan vaksin mengandungi cip magnetik - dikongsi ribuan kali di Facebook - hingga gambar perayaan kemenangan peminat bola sepak Perancis setelah Piala Dunia 2018 dijadikan berita palsu untuk menunjukkan ramai protes terhadap “pas kesihatan” di Perancis. – Gambar AFP, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen