Muhyiddin hadir hari pertama sidang DUN Johor


Muhyiddin Yassin yang juga Adun Gambir tiba pukul 9.30 pagi dan kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas menteri besar Johor Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong). – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2021.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir, tiba pada pukul 9.30 pagi.

Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Bersatu, kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas menteri besar iaitu Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dari 1986 sehingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Kerajaan Johor diterajui Perikatan Nasional yang mempunyai 29 kerusi berbanding blok pembangkang, Pakatan Harapan dengan 27 kerusi. – Bernama, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen