Sekatan, pilihan raya jadi topik utama rundingan Venezuela


Seorang penunjuk perasaan di Venezuela memakai pelitup muka bercetakkan wajah bekas Presiden AS Donald Trump. Pada Jumaat, kedua-dua pembangkang dan pemerintah akan memulakan rundingan mengenai masa depan negara itu di Mexico. – Gambar AFP, 12 Ogos, 2021.

PEMERINTAH dan pembangkang Venezuela akan berbincang di Mexico mengenai sekatan, tahanan politik dan pilihan raya, tetapi bukan masa depan Presiden Nicolas Maduro.

Perbincangan di Republik Dominica pada 2018 dan Barbados setahun kemudian gagal menghasilkan kejayaan dalam pertikaian yang berpusat pada Maduro dan Juan Guaido, pemimpin pembangkang yang diakui sebagai presiden sah oleh kira-kira 60 negara.

“Proses ini lebih rumit dan lebih baik berbanding sebelum ini,” kata sumber kepada AFP.

Mesyuarat organisasi itu dirancang pada Jumaat sementara permulaan perbincangan rasmi ditetapkan pada 30 Ogos.

“Kami telah buat beberapa tuntutan dan kami berpegang teguh kepada mereka: pertama sekali, hapus semua sekatan jenayah dengan segera,” kata Maduro, merujuk kepada sejumlah langkah antarabangsa yang dikenakan pada dirinya dan pegawai atasan, termasuk embargo minyak Amerika Syarikat terhadap syarikat minyak negeri PDVSA.

Pembangkang diketuai Guaido mahukan jaminan atas syarat pilihan raya dan program yang jelas untuk pemilihan presiden, serta membebaskan tahanan politik, termasuk bekas legislator Freddy Guevara, yang ditahan sebelum perbincangan dimulakan.

“Mungkin ada sekatan tertentu dikendurkan (dan) tajuk perbincangan seperti tahanan politik dan pengiktirafan institusi terhadap pembangkang,” kata Luis Vicente Leon, pengarah tinjauan pendapat Datanalisis. – AFP, 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen