China, Myanmar meterai 21 lagi projek kerjasama 


CHINA dan Myanmar pada Selasa memeterai perjanjian melibatkan 21 projek menerusi tabung khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

Setakat ini, secara keseluruhan tabung khas itu sudah membiayai sejumlah 73 projek kerjasama kedua-dua negara.

Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin menyifatkan perjanjian berkenaan menandakan kepentingan kerjasama kedua-dua negara di bawah kerangka LMC, sekali gus mencerminkan persahabatan erat antara China dan Myanmar.

“Sebanyak 21 projek tersebut meliputi sumber manusia, kebudayaan, pertanian, perlindungan alam sekitar, kewangan dan lain-lain, yang diyakini mampu memberi limpahan manfaat kepada rakyat Myanmar,” katanya.

Duta China, Chen Hai dalam ucapannya pula berkata setakat ini sebanyak 540 projek dilancarkan melalui tabung khas LMC.

Myanmar adalah penerima peruntukan dana paling banyak.

“Projek-projek berkenaan selaras dengan keperluan pembangunan Myanmar, dan juga sejajar dengan objektif LMC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi,” kata Chen. – Bernama, 11 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen